Wednesday, May 30, 2012

S e l a m a t H a r i J a d i k e 2 2



Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur diatas jutaan nikmat yang telah engkau berikan.Usia muda ini yang telah kau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian dan musibah yang engkau beri kepada aku.

Terima kasih diatas ilmu dan bakat yang telah kau kurniakan. Terima kasih kerana kerjaya, dan juga Amanah yang harus ku pikul. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku, namun berapa banyak sumbangan ku kepada mu ya Allah.

Engkau tetap menerima walaupun aku selalu lupa dan buat-buat lupa. Aku sedar akan kesilapan dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam meniti usia yang semakin senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, suami, dan pemimpin yang adil.

 Ameen.

Friday, March 30, 2012

t o w h o m i m a y l o v e

Hye,

Dah lama rase x tulis something untuk kongsi.
lately my emosi tak berapa stabil sangat. lots of things happened.
hum, tape tape Allah is always here by your side..

so lately i miss lots of people in my life. yang mana saya rase
xlama lagi kami akan berpisah buat sementara, tapi hati kita tetap
bersama kan? huhu. so those people who i very miss i

1.My Family

Firstly, sure to my parents... i want to make they proud of me.
harief janji akan belajar leklok sampai berjaya. then i will always jage
mama n papa. sampai bebiler. i love so much. thanks a lot jage harief
mama n papa x pernah penat. sayang mama n papa banyk banyk...

2.My 2 Brother here in Muadzam


Walaupun saya hanya ada dua abang saje d muadzam ini. Tapi 
mereka adalah hero saya. tak pernah penat layan saya yang macam ni
saya sayang mereka sampai bebiler.
Abg Zahir suker cakap adik loading(lampi) fineee...haha:) abg slalu

cakap adik degil. ya kot adik degil.. soriii...Tapi adik selalu jer dengar 
aper abg cakap mmg lah memuler lawan sikit tapi adik ikot jugak..
hehe:) adik sayang abg sampai hujung nyawa adik..
Abg muaz
i miss u .. sorry for my wrongdoing. adik tetap sayang abg.
things happen for a reason.. thanks a lot for changing me...

3.My Love


Awak sebenarnyer semangat saya tawuk..haha:)
awak insyaAllah saya akan jage hubungan kiter sampai bebiler k.
saya janji ingat kiter hanya merancang tuhan yang menentukan.
Allah lah yang membolak balikkan hati setiap manusia. kalau
dah tertulis awak tuk saya. Alhamdulillah...
jadilah sama sama kiter doa oke...Moga Allah jauhkan maksiat
kepada kiter berdua.Aminnn...


4.My Alllllll Friends


Saya seorang yang suker berkawan jadi nak kire kawan saya pakai jari
alamatnya kirim salam... saya nak cakap thanks to all my friends kerana sabar
ngan saya. hopefully kiter akan jadi kawan dunia akhirat..
saya sayang korang semua.. Minta maaf lah eh kalau selama ini ader tersalah
aper aper...



Tu jer oke. Babaiiiii :)

Tuesday, March 6, 2012

d i m a n a ?

mengapa
kau melarikan diri mu
kurasa sayu kuingin kau disamping ku
seperti waktu dahulu
kemana kau menghilangkan dirimu
ku rasa rindu
ku mencarimu
disinggah sana
dan aku
hilang tempat bermanja
kau pula
bersuka ria
kemana kau menghilangkan diri
ku yang mencari
manakah janji dan sumpah setiamu
yang kau berikan padaku
apakah kesalahanku padamu
dan juga tingkahlaku ku itu
sehingga kau menghilangkan diri mu
dan aku kehilangan mu
dan aku
hilang tempat bermanja
kau pula
bersuka ria
kemana kau menghilangkan diri
ku yang mencari
manakah janji dan sumpah setiamu
yang kau berikan kepadaku
apakah kesalahanku padamu
dan juga tingkahlaku ku itu
sehingga kau menghilangkan diri mu
dan aku kehilangan mu
tolonglah kembali ke pangkuanku
kuingin bersama mu
seperti waktu dahulu
kita berdua gembira



Wednesday, February 15, 2012

r i n d u ? d o a y a n g m a m p u

Salam,

hai semua. so this sem agak busy jugak. same goes to all
my friends here. busy sangat. kesian, ader present project
paper, ader cari case. Hope kiter sume success eh?

Dalam keadaan saya lately kesihatan sangatlah tidak memuaskan
migraine makin rancak. haiii... bertahan dengan ubat jer..
Insya'Allah everything will be okay...

Masa yang sama juga mayb im too thinking..
huhu. tipulah kiter tak ingat orang yang banyak ubah kiter.
sangat berbeza keadaan diri. tapi what i hv to do is
biasakan seperti dulu kala which back to basic.
dulu pon okay kan? why not skarang. but i have to
slowly slowly lahh sedang mencuba..

Just in way of remember.. sentiasa berharap dia dalam
keadaan sihat sangat sangat. seronok... *suka dengar dia ketawa*
hahaa:) really make me happy. Nak gelak jer sure tepon dia...
but sekali kene marah weyh diam terus.. huhu:) but it was past
so, hidup harus diteruskan...

Apa yang penting im always remember you sampai akhirat
sesungguhnya Allah Maha segala-galanya..
Habis solat tak pernah lupa doakan.
pesanan papa" kalau sayang kat sape sape selalu lepas smyg doakan dia
nanti kat akhirat para malaikat akan membantu kiter" |
semoga Allah lindunginya...

Ya Allah Panjangkan lah umurnya
Lindungilahnya. Ampunilah dosa-dosanya.
Amin Ya Rabbal Allamin...

Wednesday, February 1, 2012

k a u i s t i m e w a s a h a b a t


Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.
 Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira,
 tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa. Namun, 
biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta
. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung 
dengan lebih sempurna.
 Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.

Tatkala berteman, jagalah tutur kata. Bergurau menambah ceria,
 namun terlebih gurau juga kan menukar rasa. Kita jangan 
samakan sahabat kita seperti kita.
 Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple
namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh 
mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita 
dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang 
ada pada diri sahabatnya.
 Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan
 sahabatnya itu memerlukan
 dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.
 Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk 
menobatkan seseorang sebagai sahabat
, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang 
sememangnya tidak akan pernah tergenggam.

Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana 
caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain
. Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa. 
Biarlah dia dengan sifat diamnya
, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut 
menjadi seperti yang kita suka. 
Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita 
boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. 
seorang sahabat tidak akan pernah membuka 
cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain. 
Dalam erti kata lain, mengumpat! 
Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya 
dari menjadi buah mulut orang lain
. Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik,
 bersemuka dua muka,
 dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. 
Bukannya kita mencari kesalahannya 
dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian,
 itu tidak mengapa.
 Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka.
 Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, 
tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.

Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana 
Ilahi tidak akan terpisah, 
berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah,
 kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah,
 dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah

j a n g a n s e d i h f e r o z


Tuesday, January 31, 2012

i k a t a n y a n g t e r s i m p u l

Hye, Asalamualaikum..

Wahh.. lama jugak tk post nih. haha.. Kali ni entry saya berbunyi
satu perasaan dimana sekali lagi ia berkaitan tentang hidup saya.
Bermula akan kehidupan ini mula untuk melihat dunia yang seakan
Luas dimata Allah tetapi sempit dimata manusia.

Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi kehidupan kita. Adakalanya
kita dibawah menyaksikan kejayaan, dan adakalanya kita diatas
sama sama menuju kejayaan. Senyum di wajah tak semestinya bahagia
senyuman di wajah juga tak semestinya kita gembira. Tetapi senyuman
di hati Allah sahaja yg tahu.

Untuk hidup didunia kita memerlukan pelbagai sudut kekuatan.
disini saya hanya menyatakan kekuatan saya adalah mama,papa dan
anugerah allah kepada saya iaitu Dya dan Abang abang saya. Sedih,takut,lapar
dahaga,sunyi,bosan,ngantuk,semangat,semua saya ngandu ngan mereka.
tetapi sampai biler ia akan kekal itu semua adalah takdir Allah.
Jadi saya sbg manusia atau hambaNya mempunyai tanggungjawab iaitu
sentiasa berdoa agar mereka dilindungi Allah sentiasa.

Tetapi  hidup tanpa kekuatan umpama kerusi/bangku tiada berkaki.
makin kurang kakinya makin tak stabil dibuatnya. Begitu juga dengan kehidupan
saya kurang salah satu makin susah untuk bergerak.

Masa pon berlalu dengan pantas dan pantas. Dan detik masa dan minit
hampir berjuta kali berputar. Mula bertanya sebab dan kenapa. tetapi tiada
Hati pon mula menyalah kan diri sendiri tatkala memikirkan hal diri sendiri.
Mula juga teringat akan kenangan yang sangat banyak. Mula tanya akan diri sendiri
kenapa kenapa dan kenapa. tatkala hati masih menjawab tidak tau.

Jadi pada saat ini hati mula menyebut
FEROZ KELEMAHAN ANDA ADALAH KEKUATAN.
Disaat ini juga telah pon berfikir dan Jika ini yang telah ditakdirkan oleh Allah
makan inilah yang akan saya terima, dan jika cara bigini Allah menduga saya.
Alhamdulillah diiringi. Allah Maha Segala-galanya, jadi Baik buruk untu

diri ini Mesti Allah sahaj yang ketahui. Jadi Inilah semua yang dimaksudkan 
sebagai kenangan dan inilah yang di sebut IKATAN YANG TERSIMPUL


Ya Allah Panjangkan umur mereka,
Lindungilah mereka, Ampunilah dosa dosa mereka.
Aminnn Ya Rabbal Allamin...


Monday, January 16, 2012

s a b a r l a h w a h a i h a t i


HARIEF AFFEROZ u have to be strong
from what u are now. Because, sad never
bring u to the top.. but sad can make you
stronger to accompany u to the top.
Okayy...

b e r u b a h

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

m e n j a d i d i r i k u

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku…….

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

m e m u j u k h a t i

Salam,

hye sume.. Dalam pada sibuk saya bercuti semester.
Akan teringat pada hati. Seringkali memujuk hati
meredhakan hati. Mebiasakan dirinya kembali normal.
Namun hakikatnya ia amat payah Ya Allah.

Ya Allah hanya engkau saja yang mengetahui
kehidupanku dan segala perasaanku. Kerana,
hati ini adalah milikmu Ya Allah..

Sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar
kurniakanlah kekuatan kepadaku. Kurniakanlah
Ya Allah.kurniakanlah..

Mengapa perlu wujud sekalian hal hal ini dalam
hidup saya sedangkan aku tidak pernah terpikir
akan kewujudan perkara perkara ini. Menolak
kekanan kiri mula menyapa. Menolak ke kiri
kanan mula menyentuh. Apa sebenarnye yang
harus saya lakukan. Ya Allah aku serahkan
kepadamu segala gala gala nya...

Tatakala tidur, harus dan wajib akan mengenang
Segala segala walaupun sebesar zarah sekalipun.
Sentiasa dan sentiasa. Apa yang sebenarnye terjadi
adakah ini ada hikmah sebaliknya Ya Allah.
Adakah ini semua ada tujuannya.
Masih dan masih memikirkannya.

Ku mencari kumencari apa kah salahku
kau buat ku termenung sendirian
dalam diri kasih akhirnya begini
perpisahan tak ku pinta

Abg selalu cakap. "adik kena relax, knape
nak sedih Allah kan ader dengan kiter"
Hati kita milik Allah.. Jadi takde org boleh
buat ape aper melainkan Allah. "

Sunday, January 15, 2012

s a b a r i t u s a k i t

Salam,

hye shume shume. Haha.. Lama dah rase x update kat
sini kan. Maklumlah selesai semua perkara baru boleyh
pikir sume. Macam biase biler berkate tentang blog saya
ia semestinya pasal hidup saya yang mana saya amat
sayangi. Sementara masih mengumpul ibadat dan ilmu
untuk dilindungi Allah.. Saya masih diduga.. Macam
macam saya rase..

Hum, saya demam sebenarnye skarang nih. But abg
cakap demam or sakit sekali sekala bagus. Hapus dosa
dosa kecil. Insya'Allah..

Dan sedia maklum saya masih seperti dahulu. Tetapi
saya bukan yang dulu.. Saya yang dalam usaha ke arah
kesempurnaan masih banyak kena belajar.
Hanya Allah sahaje yg tahu akan diri hambanya ini.

Kehidupan disayangi seseorang amat berbeza. Yang mana
Ia amat mengembirakan saya.. Dengan keadaan kami
yang selalu share masalah saya rase ini satu platform
yang bijak yang mana saya banyak menghabiskan masa
bersama seolah olah kami teman. Saya rase itu cara
efektif yg membuat saya rase sgt selesa dengan nya.

Tatkala, dalam saja sibuk melayan diri sendiri.
Masalah dan dugaan hidup sering kali saya tempuh
yang mana kadang kadang saya lemah untuk hadapi
nya. Bukan semua bende kita boleh hadapi. Akan tetapi
saya percaya bahawa ALLAH TIDAK AKAN MENDUGA HAMBANYA
JIKA HAMBANYA TIDAK MAMPU. jadi serba sedikit itu
membuat saya berasa sedikit kuat.

Dalam pada serius untuk menghadapi semua ini. Saya sering
kali terfikir akan kenapa kenapa dan kenapa benda
ini berlaku dan kenapa kenapa dan kenapa harus AKU
Yg alami nya. Sedangkan Allah tahu akan ketahananku
tapi aku teruskan kan semangat kerana. Kelemahan akan
menjadi kekuatan sesuatu hari nanti.

Kehidupan yang mane tidak mampu menyerah. Dan
kadang kadang terasa untuk mengalah. Tetapi
ingat jugak lagi alasan abg. Adik u hv to be brave.
Whatever it is. Inside ur brand are your heart.

Hati juga mempunya mata..mula juga terpikir
apa sebenarnya masalah diri dan apa kesalah
kadang kadang boleyh membuat kita sedeyh akan
kehidupan.sendiri.

Terfikir lagi akan tuduhan yang mana akan
melukakan hati. Sering di dengari dan mengapa
ia terjadi. Allah pasti ada jawapannya.
Kuatlah kau wahai HARIEF AFFEROZ
Allah sedang menduga mu.
Abg pesan kalau kita sedih jangan gusar.
Allah sentiasa ada bersama kita. Allah suka
orang yang meminta minta.

Ingin menjadi sempurna itu amat lah mustahil
jadi apa yang saya boleh buat. Terima dengan
redha. Selalu berfikiran positif akan dorong kite.

Sometimes, terpikir kan bagus kalau macam nih?
Kan bagus kalau macam tuh? Kan senang
kalau buat tak tahu. Ya Allah macam macam nyer
nak merungkai dan nak mempertikaikan.
Sedangkan segala yang berlaku ada hikmah dan
sebabnya

apa yang boleh saya harapkan dan katakan
saya masih melihat dan mengharapkan sinar
lama kembali pulang dan kembali cerah seperti
sediakala. Dan mengharap dari yang Esa akan
berilah petunjuk mu. Mengharap lagi pada yang
SATU berilah ku kekuatan.

Sesungguhnya, janganlah buang kulit yang hitam
yang mana isi dalamnya manis kerana menyesal
di kemudian hari. Dan janganlah memilih sesuatu
bukan berdasarkan hati.

Tolaklah istilah habis madu sepah dibuang..
Tolaklah ia sejauh jauh mungkin.


Babai :)

Tuesday, January 3, 2012

d u o r i b u d o b l a s

Salam tahun baru sume.

Saya disini masih tak lambat rase nak ngucap
selamat tahun baru kat sume yg singgah
kat blog nih. Semoga tahun ini amalan kita
mohon segalanya lebih sempurna dari tahun
sebelumnya. Insya'Allah..

Seperti tahun sebelumnya dan seperti semua
manusia dialam ini, semua ada azam untuk
tahun yg akan dtg. Jadi saya sbg seorg manusia
yang tidak sempurna ini juga mempunyai beberapa azam
yang belom saya capai dan ingin saya gapai.

Menjadi seorg graduasi IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN


ingin bangga kan mama papa abg jahir n abg muaz
yang bahawa mereka mempunyai anak dan adik
yang mampu menjadi seperti org lain.saya bangga ada
mereka. Yang mana mereka terima saya seadanya.
Walaupun saya tahu saya tidak seperti remaja yang lain.

Menerima orang baru dalam hidup

dia seorang wanita yang selama 4 bulan yang saya betul
betul rapat yang mana membuat saya berasa jatuh hati
dan membuat saya berasa siriyes dalam perhubungan.
Kami berkenalan hampir beberapa tahun tapi tidak serapat
4bulan ini. 4bulan ini mencungkil pelbagai kenangan saya rase.
Jadi azam saya adalah untuk menjaganya selama lamanya.
Aminnnnn..

Ingin melihat abg abg saya bahgia dan ingat saya selalu

YA ALLAH kau perkenankanlah doaku ini.
Kau temukanlah jodoh yang sempurna bagi abg.
Kau selamatkan dunia akhirat mereka.
Kau bagilah hubungan kami selamanya
AMINNNNN..

Bercita cita menyambung Master dan bercita cita
untuk menjadi seorang pensyarah


Jika umur panjang itulah yang saya impikan
menjadi seorang pendidik. Jika diizinkan tuhan
dengan usaha dan bakat yang saya miliki.
Ya Allah kau jadikanlah ia kenyataan
Aminnnn..

Haha. Kalau nak tulis bnyak sangat
jadi saya highlight kan yang penting sahaja.
Syukur alhamdulillah, setakat 3 paper sekarang
saya masih lagi mmpu trsenyum. Mohon
dipermudahkan bagi seterusnya.

Asalamualaikum.. Hiasi peribadi
pesan abg takkan saya lupa sampai bebiler.
Hati itu milik Allah.. Jangan bersedih selalu
kerana Allah sentiasa bersama kita.

Babai.

Thursday, December 29, 2011

b e r u b a h p e r l u p e n g u b a h

Salam,

haha. Just nak share something bout me di
pagi jumaat yang indah nih. Hati ni 30/12/2011
Nasib xde paper final exam. But esok ader plak.
Humm, xpe just go with the flow the usaha yg
cukup insya'Allah.. Semalam paper FSA. so, alhamdulilh
sesangat aku dapat buat. Syukur Ya Allah.

Nak bercerita bukan membangga. Tapi untuk
mencari kesempurnaan dalam hidup bukan saja
anda perlu berpendidikan, berpangkat, ada rupa,
bersosial,berpengalaman. Tapi bagi saya itu adalah
perkara ke 2 untuk kita berjaya. Yang pertama sekali
adalah kewajipan sebagai manusia dalam dunia nih.

Alhamdulilah, sejak mempunyai seorang yang saya anggap
pengubah masa depan saya. Saya kini dah mula berubah ke
arah yang lebih baik. Tak salah kalau kite meniru bab bab
atau hal hal yang baik nih. Kerana Allah mencintai barang
sesiapa yang mengikut benda benda yang disuruh oleh Allah.

Dan, bagi saya perubahan yang saya lakukan mungkin
tiada siapa nampak. Tetapi tujuan sebenar saya adalah
memberi tuhan iaitu Allah Nampak.. Insya'Allah.
Menjadi lebih sempurna begini kekadang membuat saya
rase lebih bersyukur. Alhamdulilah.

Bukan nak membongkak. Tetapi ingin mengajak
kearah kebaikan.. Tak salah kalau nak jadi yang lebih
sempurna. Just little bit about me in this friday morning.

Terima kasih Ya Allag mengurniakannya pada ku disaat aku
masih awal untuk menempuh masa masa akan datang.
Sesungguhnya kau panjangkanlah umurnya, murahkan
rezekinya,kau pertemukan jodoh yang sempurna baginya,
kau bagilah hubungan kami berkekalan ke akhir hayat.
Kau limpahi lah kurnia nikmat keatasnya Ya Allah Ya Rabbi..

Babai...

Thursday, December 22, 2011

f i n a l e x a m b e r m u l a

salam and hye..

Seperti semua pelajarpelajar di IPT yg lain
akan menghadapi sesuatu yang dijangka akan
mendatangkan ketakutan pada semua pelajar.
Iaitu peperiksaan akhir semester. Cuak, pening
malas,rajin,seram, semua lah ader..

Bagi saya pula. Bagi semester ini saya bakal menduduki
peperiksaan akhir semester saya. Bagi kali ni
saya akan mengambil 6 paper. ( 4 calculation.
2teoritical) huhu.cuak sesangat rasenyer.

Saya akan mencuba yang terbaik bagi kali ini.
Untuk mendapat keputusan yang baik. Peperiksaan
saya akan bermula pada 29hb December 2011 dan akan
berakhir pada 9hb December 2012..

Dalam pada sebelum nak menghadapi exam. Macam macam
dugaan saya tempuh. Quiz assignment dan juga midtern
yang mana semua pelajar duduki. Untuk carrymark
katenyer. Hehe:) tapi walau macam mana pun
hidup harus diteruskan...

Dalam pada saya sibuk menjana masa depan saya dengan
pelajaran. Tertumpu juga saya pada hal peribadi
yang mana saya melakukan kesilapan yang besar bagi saya.
Saya betul betul kesal atas apa yg saya lakukan..
Mohon Allah ampunkan dosa ku. Saya tak mampu
nak jadi terbaik padanya.. Saya cuber tapi tak boleyh
saya cuber menjadi seperti org lain. Mungkin bukan masanya
lagi. Biar apapun yang terjadi bagi sesiapa yang terlibat
atau mungkin saya telah tidak sengaja menguris perasaan
terkutuk,termengata,tercalarkan perasaan. Saya minta
ampun dari hujung rambut hingga kaki.

Semoga Allah saje dapat membalas kebaikan anda,
dan membalas kejahilan dan kesalahan saya.
Mohon beribu ampun kepada semua sebelum saya duduki
peperiksaan. Huhu.

#buat mama papa:
harief minta maaf semua salah harief.
Mama papa doakan harief dapat jawab exam
dengan tenang eh mama papa.

#buat pensyarah:
Ustaz,miss,mdam halalkan ilmu anda kepada saya,
sesungguhnya tuhan saja yang dapat balas.
Tanda paper saya elok elok eh. Tolong saya ehhh:)

#buat abg abg saya.
Abg zahir: abg, adik minta maaf kalau terkasar ngan abg
selama ni. Minta maaf eh abg.. Doakan adik senang jawab
exam taw abg.. Doakan kejayaan adik.

Abg muaz: abg, adik minta maaf banyak susahkan abg selama
nih. Tak kire lag benda tuh aper aper abg. Adik minta maaf sangat
sangat. Kekadang adik tahu adik x cukup matang.. Adik minta
maaf sangat sangat dengan abg.. Abg doakan adik berjaya eh.

#buat semua kawan/rakan/bff/semualah.
Saya minta maaf kalau terlanjur perkataan bahasa semua.
Segala yang buruk mmg sah sah terang terang datang
Dari saya. Dan segala yang baiknya memang datangnya
dari yang maha esa ALLAH. Minta ampunkan saya.


to all unitenians Gudluck for ur Final examination.
May god always Bless us. :-<3<3<3

m i n t a m a a f

Salam, hye..

Saya hanya manusia yg lemah.
Kadang kadang saya lupa akan bagaimana
saya hadir dalam dunia dan bahawa saya akan
hilang daripada dunia. Walaudemikian, kesilapan
sering kali saya lakukan. Banyak perkara yang
cuber saya berubah. Tetapi saya mengaku bahawa
untuk menjadi sempurna amat payah dan suka sama
sekali.

Sesekali saya akan melakukan kesalahan yang mana
besar atau kecil ia di tangan ALLAH. Tanpa disedari
saya telah melakukan beberapa kesalahan terhadap
rakan rakan saya. Mohon maaf saya pohon dr hujung
rambut hingga ke hujung kaki. Demi Allah, saya
mengaku bahawa segala yg buruk datangnya dari diri
saya sendiri yg mudah alpa dan lupa. Sesungguhnya kau(ALLAH)
Maha segala-galanya.

Kesalahan mungkin akan berlaku tanpa disedari
ada kalanya yang mana. Saya mmg lupa akan
segala apa yg saya lakukan. Mmg payah nak memaafkan
manusia sesama manusia. Tapi apa yg boleyh di iktiarkan
saya mmg minta maaf dr hujung rambut hingga ke
hujung kaki atas apa yg telah saya lakukan.
Sesungguhnya saya adalah manusia yang mudah lalai.

YA ALLAH AMPUNILAH DOSAKU.. YA ALLAH AMPUNILAH DOSAKU

Tuesday, December 20, 2011

u n t u n g l a h ?

Kasih dan sayang merupakan suatu perasaan. Perasaan yang hadir di dalam diri tanpa di paksa atau memaksa sesiapa. Timbulnya perasaan itu apabila kita merasa mereka merupakan sebahagian daripada kewajipan ke atas kita. Kasihnya ibu kepada seorang anak, suami kepada isterinya, sahabat terhadap sahabatnya yang dikasihi dan juga sesama saudara seagama.

Begitulah ada nya maksud kasih dan sayang terpahat di dalam pimpinan prinsip hidup saya selama ini. Di mana, kasih dan sayang itu pasti akan wujud bila kita merasakan rasa tanggungjawab itu ke atas mereka. Bukan insuran atau kewangan di dalam simpanan tanda ukuran sebenar kasih dan sayang kita kepada seseorang. Sekali lagi saya ulangi, Kasih sayang itu anugerah apabila kita merasa bertanggungjawab terhadap seseorang. Dan apabila kita merasa kasih terhadap seseorang, biar di bebani pelbagai rintangan, di sebabkan rasa sayang kepadanya, kita sanggup mengharungi. Bukan semudah kata " lautan api sanggup ku renangi,  gunung yang tinggi mampu aku daki ".

Monday, December 19, 2011

b e n a r k a h ?



“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”









s a h a b a t

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati,
dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
 SAYANG, KASIH & KASIHAN.

Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
 BERKENALAN, BERKAWAN,BERSAMA, & BERTEMAN

Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.

 Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu
 SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu

 “SAHABAT”








t e r s e n t u h

Hye, salam...

Betul ker fakta atau istilah
kacang lupakan kulit.
Mahupun istilah..
Habis madu sepah dibuang..

Mula terpikir akan kewujudan dan kebenaran
fakta itu. Mungkin tidak kita perasan bahawa
pekara ini amat memilukan dah menyedihkan jika terjadi.
Mula merasakan diri akan dilupakan.. Hummmm

Entahlah, kenapa terasa begitu sedangkan
mereka sayangkan aku..akan tetapi
kehidupan bersama mereka..amat lah seronok
masa tan keadaan sementara kat sini
buat aku rase bila bukak gambar, atau nak
tido mesti Teringat kat dorang.

Hummmmm. Redha dengan kedatangan
redha juga dengan kepergian.

Tapi hakikatnyer ..
Aku tak pernah rase kasih sayang
yang macam tuh. First time rase..
Orang yg betul betul amik kire
makan sakit sume..
Saya sayang mereka.