Wednesday, February 15, 2012

r i n d u ? d o a y a n g m a m p u

Salam,

hai semua. so this sem agak busy jugak. same goes to all
my friends here. busy sangat. kesian, ader present project
paper, ader cari case. Hope kiter sume success eh?

Dalam keadaan saya lately kesihatan sangatlah tidak memuaskan
migraine makin rancak. haiii... bertahan dengan ubat jer..
Insya'Allah everything will be okay...

Masa yang sama juga mayb im too thinking..
huhu. tipulah kiter tak ingat orang yang banyak ubah kiter.
sangat berbeza keadaan diri. tapi what i hv to do is
biasakan seperti dulu kala which back to basic.
dulu pon okay kan? why not skarang. but i have to
slowly slowly lahh sedang mencuba..

Just in way of remember.. sentiasa berharap dia dalam
keadaan sihat sangat sangat. seronok... *suka dengar dia ketawa*
hahaa:) really make me happy. Nak gelak jer sure tepon dia...
but sekali kene marah weyh diam terus.. huhu:) but it was past
so, hidup harus diteruskan...

Apa yang penting im always remember you sampai akhirat
sesungguhnya Allah Maha segala-galanya..
Habis solat tak pernah lupa doakan.
pesanan papa" kalau sayang kat sape sape selalu lepas smyg doakan dia
nanti kat akhirat para malaikat akan membantu kiter" |
semoga Allah lindunginya...

Ya Allah Panjangkan lah umurnya
Lindungilahnya. Ampunilah dosa-dosanya.
Amin Ya Rabbal Allamin...

Wednesday, February 1, 2012

k a u i s t i m e w a s a h a b a t


Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.
 Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira,
 tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa. Namun, 
biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta
. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung 
dengan lebih sempurna.
 Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.

Tatkala berteman, jagalah tutur kata. Bergurau menambah ceria,
 namun terlebih gurau juga kan menukar rasa. Kita jangan 
samakan sahabat kita seperti kita.
 Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple
namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh 
mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita 
dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang 
ada pada diri sahabatnya.
 Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan
 sahabatnya itu memerlukan
 dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.
 Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk 
menobatkan seseorang sebagai sahabat
, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang 
sememangnya tidak akan pernah tergenggam.

Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana 
caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain
. Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa. 
Biarlah dia dengan sifat diamnya
, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut 
menjadi seperti yang kita suka. 
Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita 
boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. 
seorang sahabat tidak akan pernah membuka 
cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain. 
Dalam erti kata lain, mengumpat! 
Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya 
dari menjadi buah mulut orang lain
. Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik,
 bersemuka dua muka,
 dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. 
Bukannya kita mencari kesalahannya 
dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian,
 itu tidak mengapa.
 Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka.
 Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, 
tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.

Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana 
Ilahi tidak akan terpisah, 
berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah,
 kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah,
 dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah

j a n g a n s e d i h f e r o z