Tuesday, December 20, 2011

u n t u n g l a h ?

Kasih dan sayang merupakan suatu perasaan. Perasaan yang hadir di dalam diri tanpa di paksa atau memaksa sesiapa. Timbulnya perasaan itu apabila kita merasa mereka merupakan sebahagian daripada kewajipan ke atas kita. Kasihnya ibu kepada seorang anak, suami kepada isterinya, sahabat terhadap sahabatnya yang dikasihi dan juga sesama saudara seagama.

Begitulah ada nya maksud kasih dan sayang terpahat di dalam pimpinan prinsip hidup saya selama ini. Di mana, kasih dan sayang itu pasti akan wujud bila kita merasakan rasa tanggungjawab itu ke atas mereka. Bukan insuran atau kewangan di dalam simpanan tanda ukuran sebenar kasih dan sayang kita kepada seseorang. Sekali lagi saya ulangi, Kasih sayang itu anugerah apabila kita merasa bertanggungjawab terhadap seseorang. Dan apabila kita merasa kasih terhadap seseorang, biar di bebani pelbagai rintangan, di sebabkan rasa sayang kepadanya, kita sanggup mengharungi. Bukan semudah kata " lautan api sanggup ku renangi,  gunung yang tinggi mampu aku daki ".

No comments:

Post a Comment